Monday, July 19, 2010

Kempen Menutup Aurat


Assalamu'alaikum wrt wbt...

Sebagai seorang Muslim, saya rasa terpanggil untuk mengingatkan semua dan diri saya sendiri agar memperbaiki cara pemakaian dan penampilan kita sebagai seorang Muslimah. Janganlah dibuka pintu-pintu kemaksiatan dan melebarkan lagi rasa kerakusan nafsu manusia jika dapat melihat aurat seorang Muslimah.

Namun perlulah diingatkan juga bersama, ini bukan tanggungjawab Muslimah seorang namun ianya adalah tanggungjawab seorang yg bernama ayah, suami, abang dan siapa jua yang bernama Muslim. Agak tidak adil jika kita hanya menunding jari terhadap wanita-wanita yang tidak menutup aurat secara betul dan benar ini sedangkan hakikatnya, mereka ketandusan ilmu dan kurang didikan agama.

Yang bernama lelaki pula perlu seiring untuk menambahkan iman dan mempertingkatkan ketaqwaan agar tidak terlalu mudah menjadi cair apabila melihat kecantikan seorang yang bernama wanita. Kadang kala berlaku juga, sesempurna mana sekali pun seorang wanita itu menutup aurat, namun tidak dapat menutup kerakusan nafsu manusia yang sentiasa diapi-apikan oleh syaitan. Hati-hati lelaki ini telah rosak dan jiwa mereka telah hancur dan tersasar dari syariat. Maka berlakulah sumbang mahram, rogol, mengurat dan sebagainya walaupun si wanita tadi sudah berpakaian menutup aurat.

Wahai yang bernama Muslim, marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita bersama-sama dan menuju redha Allah.

Sunday, July 18, 2010


Hari ini jiwa halus saya tersentuh. Satu family yang datang ke kedai makan saya telah memberikan pengajaran paling berharga buat saya sebagai seorang isteri.

” Pakcik nak makan?” Seperti itulah rutin saya bersikap mesra pelanggan. Lagi pula melihat pakcik tabah ini, saya betul-betul menghormatinya.

” Er..sekejap ye nak, biar makcik tengok dulu apa yang dia nak makan.” Pakcik tabah ini menolak perlahan wheel chair yang diduduki isteri kesayangannya. Isterinya hanya berpakaian biasa dengan kain batik. Matanya melihat ke arah lauk pauk dan jika dia mahukan lauk itu, dia akan tunjukkan kepada suaminya. Tiada suara. Saya semakin ingin mendekati keluarga ini.

Mengikut di belakang adalah anak-anak yang masih lagi memerlukan perhatian. Dalam perhatian saya, yang paling besar masih dalam sekolah menegah dan yang kecil mungkin baru melangkah ke tadika.

Sesekali terdengar anak yang kecil terjerit-jerit kerana diusik oleh abangnya. Pakcik tadi mula resah melihatkan anaknya mula mengamuk. Namun isterinya hanya diam membisu. Si anak masih lagi terjerit-jerit, menyebabkan kakak mula menyampuk. Terjadilah pergaduhan mulut di antara anak-anak pakcik tadi sehingga menarik perhatian pelanggan yang lain.

Selepas pakcik tadi selesai memilihkan makanan untuk isteri dan anak-anaknya, barulah dia memilih makanan untuk diirinya. Namun baru sahaja dia mahu menjamah makanan, isterinya pula mula muntah. Pakcik tadi bangun dan berlari ke arah kereta dan mengambil kain lap.

Pakcik membantu isterinya yang tiada daya tadi membersihkan muntah yang mengotori mulut dan pakaianya. Hati saya sangat tersentuh. Betapa tabahnya pakcik ini yang diduga dengan isteri yang sakit dan anak-anak yang benar-benar menguji kesabarannya. Saya hanya mampu mendoakan agar isterinya sembuh dari penyakit dan kembali menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga.

16 Mei yang baru berlalu, maka genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Masih jauh perjalanan kami. Banyak lagi yang kami belum tempuh. Saya ingin jadi isteri yang terbaik buat suami, namun kadang rasa tak mampu. Saya ingin yang terbaik buat suami dan anak-anak. Dan saya yakin, suami juga begitu. Lebih berharga lagi apabila kami baru menimamang cahaya mata kami yang ketiga pada 16 April yang lepas iaitu Muhammad Amirul Wajdi bin Mohd Supian.

Bersedia atau tidak, kehidupan berumah tangga pasti ada cabaran dan rintangannya. Seperti pakcik yang saya ceritakan tadi, pasti dia tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, isterinya akan jatuh sakit dan dia mengambil alih segala tugas isteri menguruskan rumah dan anak-anak.

Sabarnya pakcik tadi…tabahnya dia. Jika terkena pada orang yang tidak kuat iman, pasti jalan salah yang dia pilih. Namun, kesusahan dan kepayahan bagi orang yang beriman, umpama baja yang menyuburi keimanan dan ketaqwaannya. Begitulah cinta ke akhir hayat. Jika suami susah, isteri juga turut susah. Jika isteri sakit, suami rela dan sabar menemaninya. Bagaikan tongkat yang menjadi pembantu kepada si tua yang bongkok, begitulah suami dan isteri, mereka saling memerlukan.

Sempenan ulangtahun perkahwinan yang ke-6 ini, saya ingin merakamkan penghargaan buat suami tercinta, Mohd Supian bin Mat Nan yang banyak mengajar saya. Beliaulah ustaz saya, kekasih saya, abi kepada anak-anak saya, abang ipar kepada adik-adik saya yang sangat menghormatinya dan menantu yang sangat dikasihi oleh ayah dan ibu saya juga harapan mak dan abahnya.

” Abang…Semoga Allah selalu bersama kita dalam menempuh alam perkahwinan ini. Abanglah teman sejati ayang….Happy anniversary.”

Tip Memilih Tadika atau Taska Untuk Anak


Salam untuk semua!

Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti.

Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik.

Ikuti tips ini:

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.

2. Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (saya dah ikuti kursus ini – sekadar untuk pengetahuan sendiri).

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. Saya pernah bertanya kepada seorang pengasuh di sebuah taska (dirahsikan namanya) di Kota Damansara tentang pengisian untuk baby. Anda nak tahu apa yang dia kata? ‘ Baby tahu apa? ‘ Ya Allah, saya rasa macam nak tampar jer muka dia hehehe (takla sampai ke situ).

Jangan tipu saya! Saya dah pernah pergi kursus dan saya tahu apa yang perlu diajarkan kepada bayi. Jika anda nak tahu, pengasuh taska pun perlu buat Lesson Plan/Rancangan mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM sendiri.

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.

Semoga anda mendapat walau sedikit menfaat daripada artikel ini. Akan datang saya akan berikan tips bagaimana ingin menjalin hubungan yang baik dengan pengasuh anak anda. Nantikan!

Wajarkah Anak ke Tadika Seawal Umur 4 Tahun?


Assalamu’alaikum wrt wbt….

Ini adalah jawapan saya kepada soalan yang diajukan oleh seorang pengunjung blog. Saya ingin berkongsi bersama anda semua.

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.Semoga puan mendapat manfaat daripada blog tersebut.

Mengenai pertanyaan puan, sebagai Muslim sewajarnya kita meletakkan antara kriteria utama untuk kita menghantar anak ke taska atau tadika, ialah institusi tersebut mestilah Tadika Islam. Ini berpandukan beberapa sebab:

1. Makanan: makanan yang dberikan kepada anak kita perlulah yang halal dari hukum syarak.Jika kita menghantar anak di tadika yang bukan Islam,maka ianya amat meragukan samada makanan yang diberikan kepada anak kita adalah halal ataupun tidak.

2. Pengajaran & Pembelajaran: Amatlah penting bagi kita memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak dalam semua segi. Sebagai seorang Muslim, pendidikan Islam perlulah diterapkan sejak dalam kandungan lagi. Pendidikan mudah seperti membca doa makan, membaca ayat-ayat lazim dan sebagainya adalah latihan mudah bagi anak pada usia muda.Jika dihantar ke tadika bukan Islam, dikhuatiri akan ada unsur-unsur agama lain yang akan diajar kepada anak.

3. Role model: Anak memerlukan role model yang terbaik. Maka kita sebagai Muslim tentunya mahu seorang Muslim yang menjadi contoh kepada anak kita. Dari aspek pemakaian guru di sekolah, cara percakapan dan sebagainya memberikan contoh kepada anak kita.

Jika puan menekankan soal bahasa, sekarang banyak tadika Islam yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama.

Soalan tentang adakah sesuai anak dihantar ke tadika pada usia 4 tahun, ianya terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum menghantar anak ke tadika. Saya sendiri menghantar anak ke tadika pada usia 4 tahun kerana:

1. Potensi diri: Setiap kanak-kanak mempunyai potensi diri tertentu yang perlu digilap dan dibentuk dengan baik. Dengan menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun, dia dapat dilatih dan diajar oleh guru yang berpengalaman. Daripada duduk di rumah menatap TV dan bermain games, alangkah elok dihantar ke tadika agar dia dapat belajar.

2. Sosial: Anak dapat meluaskan lagi komunikasinya dengan persekitran dan orang lain. Dia akan banyak berfikir jika dia banyak bergaul. Cuma ada beberapa kekhuatiran daripada ibu bapa jika anak mendapat sesuatu yang tidak baik seperti belajar perkataan yang tidak baik atau bergaduh. Ibu bapa tidak perlu risau,itu semua adalah proses pembelajaran dan ianya normal.Tanganinya dengan baik dan bijak.

3. Belajar: Seawal usia 4 tahun, anak boleh belajar pelbagai benda. Janganlah mengharap yang tinggi-tinggi seperti tahu proses tambah,tolak atau hafal sifir. Bukan itu yang mereka belajar.Apa yang mereka akan belajar adalah asas membaca, mengira, menulis seperti mengikut garisan. Alhamdulillah anak saya pun sudah menulis semua nombor. Bermain pun adalah proses belajar seperti memasukkan air ke dalam botol dengan menggunakan sponge.Ianya dapat merangsang otak anak dan melatih koordinasi mata dan tangan.

Saya harap, informasi yang sedikit ini dapat membantu puan membuat keputusan samada ingin menghantar anak puan atau tidak.Jika tidak, itu pilihan puan.Namun puan perlulah membuat aktiviti berjadual yang berfaedah dan baik untuk perkembangan anak puan di rumah.

Sekian, terima kasih.

Bercinta Selamanya


Setiap manusia punya cinta. Cinta yang bagaimana? Dan Cinta kepada siapa? Cinta....indah sungguh perkataan ini. Seindah perasaan jika diulit cinta. Adakah anda pernah bercinta? Saya ingin mengecilkan skop 'Cinta' ini kepada cinta sesama manusia...lebih-lebih lagi cinta kepada pasangan kita.

Bagaimana ana bertemu dengan suami atau isteri anda? Bagaimana pula anda melalui dan mengendali cinta anda terhadapnya sebelum berlakunya perkahwinan? Cinta yang diberkati dan diredhai Allah adalah cinta yang mengikuti lunas-lunas dan batas-batas dalam Islam.Itulah cinta yang indah dan mendapat keredhaan Allah.

Namun anak-anak muda sekarang akan berkata, tidaklah namanya bercinta jika tidak berjumpa atau menonton wayang bersama. Adakah secetek itu pemikiran kita? Dan adakah semurah itu Cinta untuk membuktikannya kepada insan yang kita cintai?

Sedarkah anda bahawa cinta anda terhadap pasangan anda adalah detik bermulanya penghidupan yang baru. Jika kita menjaga batas-batasnya sebelum berkahwin, inshaAllah, Allah akan menjaga perkahwinan kita, menjaga anak-anak kita dan sebagainya...

Cinta anda sebelum berkahwin seharusnya semakin bertambah dan bertambah indah selepas berkahwin.Terlalu banyak punca dan sumber cinta yang boleh disuburkan selepas berkahwin seperti cinta melalui masakan, cinta melalui anak-anak dan cinta melalui saudara mara sebelah pasangan kita.

bukan mudah melalui dan mengurus Cinta. Namun kita tidak memerlukan PHD untuk menguruskan Cinta sebegini. Dengan keikhlasan, kejujuran, timbang rasa, musyawarah dalam rumah tangga dan tanggungjawab dapat menyuburkan lagi kecintaan anda di dalam rumah tangga.

Selamat Bercinta untuk semua.
Sayangilah pasangan anda dan terimalah dia seadanya....

Ashikin Hashim

Thursday, June 17, 2010

Facebook

Jumpa saya di Facebook

www.facebook.com/Ashikin Hashim

Jika Anak Demam...

Salam to all my frenz....

Ader tips yang nak dikongsi jika anak anda demam, batuk dan selsema. Ini sedikit pengalaman dan pembacaan.

1. Jika anda mula syak anak demam, hadkan aktivitinya. Jgn terlalu lasak.Jika ader vitamin di rumah cuba bagi vitamin kepada si manja.Selepas beberapa jam cuba ambil suhu badannya.Cara mudah letakkan tangan anda di bawah lengan nya untuk merasa suhu.

Ader anak yang alah kepada vitamin C.Jadi cuba perisa lain seperti Anggur.

2. Jika masih demam, mula langkah pertama anda dengan memberikan paracetamol (ubat demam) yang ada di rumah. Pastikan tarikh luputnya. Ubat demam selalunya diberikan setiap 6/8 jam 3/4 kali sehari. Anda mesti displin dalam memberikannya ubat.

3. Dalam masa yang sama, ambil kain basah dan lekapkan pada dahi, bawah lengan (ketiak), belakangnya dan celah kelangkang.Jika demam berterusan, jumpa doktor.

4. Anak anda susah makan ubat? Cuba campurkan di dalam susu atau minuman kesukaannya. Jangan putus asa….Kalau nak anak anda sihat, anda mesti sabar ok!

5. Jika anak anda selsema, ada satu pesan orang tua yang saya amalkan dan insayAllah mujarab. Setiap kali mandi, jgn basahkan kepalanya.Cuba juga air kunyit.Sapu di batang hidung anak anda.InsyaAllah selsema cepat kering

6. Kalau batuk pula…saya tak berapa sarankan makan ubat batuk.Apa yang boleh anda lakukan cairkan susunya Jika sebelum ini 5 scoop, kurangkan kepada 3 scoop.Atau tetapkan 5 scoop tapi lebihkan air.Jauhkan makanan berminyak, ais dan minuman dlm peti sejuk.

7. Yang paling penting pastikan rumah anda bersih dan hygienic.Mop rumah anda, lap semua bahagian dengan detol.Sapu semua habuk dan sawang.Juga pastikan kipas/aircond yang digunakan bersih.Lagi satu pastikan setiap hari anda membasuh alas tidurnya atau sekurang2nya menjemur tilam dan selimut mereka.

Sekian. Moga ada manfaatnya.