Sunday, July 18, 2010


Hari ini jiwa halus saya tersentuh. Satu family yang datang ke kedai makan saya telah memberikan pengajaran paling berharga buat saya sebagai seorang isteri.

” Pakcik nak makan?” Seperti itulah rutin saya bersikap mesra pelanggan. Lagi pula melihat pakcik tabah ini, saya betul-betul menghormatinya.

” Er..sekejap ye nak, biar makcik tengok dulu apa yang dia nak makan.” Pakcik tabah ini menolak perlahan wheel chair yang diduduki isteri kesayangannya. Isterinya hanya berpakaian biasa dengan kain batik. Matanya melihat ke arah lauk pauk dan jika dia mahukan lauk itu, dia akan tunjukkan kepada suaminya. Tiada suara. Saya semakin ingin mendekati keluarga ini.

Mengikut di belakang adalah anak-anak yang masih lagi memerlukan perhatian. Dalam perhatian saya, yang paling besar masih dalam sekolah menegah dan yang kecil mungkin baru melangkah ke tadika.

Sesekali terdengar anak yang kecil terjerit-jerit kerana diusik oleh abangnya. Pakcik tadi mula resah melihatkan anaknya mula mengamuk. Namun isterinya hanya diam membisu. Si anak masih lagi terjerit-jerit, menyebabkan kakak mula menyampuk. Terjadilah pergaduhan mulut di antara anak-anak pakcik tadi sehingga menarik perhatian pelanggan yang lain.

Selepas pakcik tadi selesai memilihkan makanan untuk isteri dan anak-anaknya, barulah dia memilih makanan untuk diirinya. Namun baru sahaja dia mahu menjamah makanan, isterinya pula mula muntah. Pakcik tadi bangun dan berlari ke arah kereta dan mengambil kain lap.

Pakcik membantu isterinya yang tiada daya tadi membersihkan muntah yang mengotori mulut dan pakaianya. Hati saya sangat tersentuh. Betapa tabahnya pakcik ini yang diduga dengan isteri yang sakit dan anak-anak yang benar-benar menguji kesabarannya. Saya hanya mampu mendoakan agar isterinya sembuh dari penyakit dan kembali menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga.

16 Mei yang baru berlalu, maka genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Masih jauh perjalanan kami. Banyak lagi yang kami belum tempuh. Saya ingin jadi isteri yang terbaik buat suami, namun kadang rasa tak mampu. Saya ingin yang terbaik buat suami dan anak-anak. Dan saya yakin, suami juga begitu. Lebih berharga lagi apabila kami baru menimamang cahaya mata kami yang ketiga pada 16 April yang lepas iaitu Muhammad Amirul Wajdi bin Mohd Supian.

Bersedia atau tidak, kehidupan berumah tangga pasti ada cabaran dan rintangannya. Seperti pakcik yang saya ceritakan tadi, pasti dia tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, isterinya akan jatuh sakit dan dia mengambil alih segala tugas isteri menguruskan rumah dan anak-anak.

Sabarnya pakcik tadi…tabahnya dia. Jika terkena pada orang yang tidak kuat iman, pasti jalan salah yang dia pilih. Namun, kesusahan dan kepayahan bagi orang yang beriman, umpama baja yang menyuburi keimanan dan ketaqwaannya. Begitulah cinta ke akhir hayat. Jika suami susah, isteri juga turut susah. Jika isteri sakit, suami rela dan sabar menemaninya. Bagaikan tongkat yang menjadi pembantu kepada si tua yang bongkok, begitulah suami dan isteri, mereka saling memerlukan.

Sempenan ulangtahun perkahwinan yang ke-6 ini, saya ingin merakamkan penghargaan buat suami tercinta, Mohd Supian bin Mat Nan yang banyak mengajar saya. Beliaulah ustaz saya, kekasih saya, abi kepada anak-anak saya, abang ipar kepada adik-adik saya yang sangat menghormatinya dan menantu yang sangat dikasihi oleh ayah dan ibu saya juga harapan mak dan abahnya.

” Abang…Semoga Allah selalu bersama kita dalam menempuh alam perkahwinan ini. Abanglah teman sejati ayang….Happy anniversary.”

1 comment:

  1. salam....k kin...nie saya.shafida.kawan baru kat FB.....ehheheh
    tgh geledah blog kak ikin nih.....
    sekarang nie k.ikin wat bisness buka kedai makan, penulis buku dan bisness online yer...wah...canggihlaaa k.ikin nie...


    romantik betul k.ikin...kalau husband baca...terharu dia..hehehhehe

    ReplyDelete