Sunday, July 18, 2010

Bercinta Selamanya


Setiap manusia punya cinta. Cinta yang bagaimana? Dan Cinta kepada siapa? Cinta....indah sungguh perkataan ini. Seindah perasaan jika diulit cinta. Adakah anda pernah bercinta? Saya ingin mengecilkan skop 'Cinta' ini kepada cinta sesama manusia...lebih-lebih lagi cinta kepada pasangan kita.

Bagaimana ana bertemu dengan suami atau isteri anda? Bagaimana pula anda melalui dan mengendali cinta anda terhadapnya sebelum berlakunya perkahwinan? Cinta yang diberkati dan diredhai Allah adalah cinta yang mengikuti lunas-lunas dan batas-batas dalam Islam.Itulah cinta yang indah dan mendapat keredhaan Allah.

Namun anak-anak muda sekarang akan berkata, tidaklah namanya bercinta jika tidak berjumpa atau menonton wayang bersama. Adakah secetek itu pemikiran kita? Dan adakah semurah itu Cinta untuk membuktikannya kepada insan yang kita cintai?

Sedarkah anda bahawa cinta anda terhadap pasangan anda adalah detik bermulanya penghidupan yang baru. Jika kita menjaga batas-batasnya sebelum berkahwin, inshaAllah, Allah akan menjaga perkahwinan kita, menjaga anak-anak kita dan sebagainya...

Cinta anda sebelum berkahwin seharusnya semakin bertambah dan bertambah indah selepas berkahwin.Terlalu banyak punca dan sumber cinta yang boleh disuburkan selepas berkahwin seperti cinta melalui masakan, cinta melalui anak-anak dan cinta melalui saudara mara sebelah pasangan kita.

bukan mudah melalui dan mengurus Cinta. Namun kita tidak memerlukan PHD untuk menguruskan Cinta sebegini. Dengan keikhlasan, kejujuran, timbang rasa, musyawarah dalam rumah tangga dan tanggungjawab dapat menyuburkan lagi kecintaan anda di dalam rumah tangga.

Selamat Bercinta untuk semua.
Sayangilah pasangan anda dan terimalah dia seadanya....

Ashikin Hashim

No comments:

Post a Comment