Thursday, June 10, 2010

Mendisiplinkan Anak

Berhadapan dengan anak yang meragam tentu membuatkan kita menjadi pening. ada kalanya kita tak mengerti apa yang diminta oleh anak. Tiba-tiba sahaja dia mengamuk dan menangis tidak henti-henti.

Saya mengalami pengalaman yang sama seperti anda semua. Pernah sahabat saya yang datang berkunjung ke rumah, jadi tidak karuan apabila anak bongsunya tiba-tiba mengamuk tanpa apa-apa sebab. Dia berlari ke luar rumah tidak tentu arah. Hanya kesabaran yang dipinta agar tangan tidak menjadi ringan untuk memukul atau mencubit.

Saya bertanya kepada diri sendiri, adakah ini normal bagi anak-anak? Saya melihat, sindrom yang berlaku ini terjadi kepada kanak-kanak yang berumur 1 tahun – 3 tahun. Anak saya, anak-anak sahabat saya mengalami sindrom yang sama. Lantas saya melayari internet untuk melihat tentang perilaku anak-anak di usia begini.

Telahan saya benar. di usia 1 hingga 3 tahun akan berlaku satu sindrom yang dinamakan Temper Tantrum. Ini berlaku disebabkan anak tidak dapat untuk meng’ekspres’ kemarahannya dengan perkataan tetapi dengan perbuatan. ini adalah kerana mereka masih mempunyai kemahiran bahasa yang sangat terhad.

Apa yang anda harus lakukan jika ana mengahdapi Temper Tantrum?

Sabar. Bukan mudah untuk jadi sabar. Saya kadang-kadang pun hilang sabar. Namun anak-anak tidak salah. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan cuba mententeramkannya. Kadang kala dengan memeluknya akan dapat membuatkan dia tenang. Namun ada juga anak yang masih mengamuk jika cuba ditenteramkan. Jadi, cuba anda biarkan sahaja dia mengamuk tapi mesti selalu dekat dengannya agar dia tidak mencederkan dirinya. Apabila dia penat, pasti dia berhenti. Kene try and error.

Kita adalah orang dewasa. Saya mengingatkan diri saya sendiri agar tidak mudah melampias marah jika anak mengamuk. Cubalah cara yang terbaik untuk mententeramkan anak anda asalkan anda tidak naik tangan. Jika dia mengamuk di rumah dan cuba untuk membaling benda dan mencederakan orang lain, bawa dia ke dalam bilik. Terangkan kenapa dia berada di dalam bilik ” kerana Wasim buat kawan Wasim, Wasim kena duduk dalam bilik sampai Wasim jadi budak baik”. Jika berada di luar pula, contohnya ketika makan diluar, bawanya ke luar berjalan-jalan sehingga dia tenang.

Bercakap dengannya. Selepas anak anda tenang, bercakaplah dengannya tentang perangainya tadi. Terangkan padanya bahawa apa yang dia lakukan adalah tidak baik. dan nyatakan padanya bahawa anda tidak akan faham jika dia mengamuk begitu dan minta dia bercakap jika dia tidak suka sesuatu.

Kenali tanda-tandanya. Anda mesti tahu waktu bila anak anda akan mengamuk. Contohnya jika anak anda sedang asyik bermain lori mainan di sebuah kedai mainan, dia pasti mengamuk jika anda mengajaknya pulang. Jadi anda mesti mempunyai skill bagaimana anda ingin mengajaknya pulang tanpa perlu dia mengamuk untuk membawa pulang mainan itu. Contohnya katakan padanya anda mahu membawa dia berjalan-jalan melihat kucing yang cantik di luar.

Semoga kita semua diberikan kesabaran yang tinggi dalam kita mendidik anak-anak. Berikan pendapat dan tips anda. Marilah kita berkongsi!

No comments:

Post a Comment